Beban, Strategi Daya Tindak dan Keperluan Penjaga Pesakit Skizofrenia di Sarawak: Anjuran Penyelidikan

  • Nurul Nadia Binti Md Sapry Social Work Programme, School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia
  • Paramjit Singh Jamir Singh Social Work Programme, School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia
  • Azlinda Azman Social Work Programme, School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia
Keywords: Beban, Strategi daya tindak, keperluan, penjaga, skizofrenia

Abstract

Penyakit skizofrenia merupakan penyakit mental yang serius dari jenis kecelaruan psikotik dimana, pesakit akan mengalami delusi, halusinasi, pertuturan yang tidak jelas, pergerakan badan dan tingkah laku yang tidak normal serta mempunyai gejala yang negative. Sarawak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang tidak terkecuali daripada masalah penyakit mental ini. Sarawak telah menjadi negeri ketiga yang mempunyai ramai pesakit mental di Malaysia. Pesakit yang datang mendapatkan rawatan di Hospital Sentosa Sarawak kebanyakannya sudah mengalami penyakit mental di peringkat akhir yang menyebabkan mereka sukar untuk dirawat. objektif kajian ini adalah untuk meneroka bebanan yang dihadapi oleh penjaga pesakit skizofrenia, menganalisis strategi daya tindak penjaga bagi menangani bebanan menjaga pesakit skizofrenia, menganalisis keperluan penjaga bagi menangani bebanan menjaga pesakit skizofrenia, dan mencadangkan model intervensi dan perkhidmatan yang relevan kepada penjaga pesakit skizofrenia bagi meningkatkan kefungsian sosial mereka. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Seramai 20 orang responden akan dipilih dalam kalangan penjaga. Kajian ini menggunakan perisian ATLAS. ti versi 24.1 untuk menganalisi data kajian. Kajian ini memberikan kepentingan kepada praktis kerja sosial, penyelidik, penjaga pesakit skizofrenia dan perkhidmatan serta dasar polisi negara khususnya berkaitan dengan kesihatan mental di Malaysia. Hasil dapatan kajian ini, diharapkan dapat memberi impak yang positif untuk meningkatkan kualiti hidup antara penjaga dan pesakit skizofrenia seperti mempertingkatkan program psikoedukasi, sokongan sosial dan rawatan penjagaan pesakit skizofrenia. Kajian ini juga mewakili satu langkah penting ke arah membina ekosistem sokongan yang komprehensif dan berkesan bagi pejaga sebagai tulang belakang kepada pesakit skizofrenia.

Statistics
Abstract views: 35 , PDF downloads: 30

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2026-03-09
How to Cite
Md Sapry, N. N., Jamir Singh, P. S. and Azman, A. (2026) “Beban, Strategi Daya Tindak dan Keperluan Penjaga Pesakit Skizofrenia di Sarawak: Anjuran Penyelidikan”, Asian Social Work Journal, 11(1), p. e00370. doi: https://doi.org/10.47405/aswj.v11i1.370.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)