Kurang Celik Akal Pencetus Kepada Penagihan Dadah dalam kalangan Remaja

Lack of Intelligence Causes Drug Addiction Among Teenagers

  • Nazri Daud Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Wan Anor Bin Wan Sulaiman Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
Keywords: celik akal, penyalahgunaan dadah, remaja, kajian kualitatif

Abstract

Generasi muda merupakan modal insan yang amat penting kepada kesejahteraan dan pembangunan negara. Penglibatan golongan ini dalam aktiviti penyalahgunaan dadah telah mengancam keselamatan dan kemakmuran negara, malahan menjejaskan perkembangan sahsiah diri remaja ke alam dewasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis sejauh mana tahap ‘celik akal’ terhadap pengetahuan dadah dan kesannya dalam kalangan penagih remaja. Pengkaji mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui temu bual separuh berstruktur untuk memperoleh data. Kajian kes digunakan untuk meneroka dan memahami fenomena yang berlaku berdasarkan perspektif peserta kajian. Seramai enam orang remaja yang dikenal pasti mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dan berusia di antara 13-18 tahun telah dipilih sebagai peserta kajian melalui persampelan bertujuan. Dapatan diperolehi menunjukkan ‘celik akal’ terhadap dadah yang dimiliki oleh penagih remaja adalah bersifat umum iaitu sekadar cuma mengetahui dadah itu bahan bahaya, menimbulkan ketagihan serta memberikan kesan fizikal dan psikologikal. Sumber maklumat dadah berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebagai seorang penagih dadah sebelum ini dan melalui kawan-kawan. Kajian ini memberi implikasi ke arah memperkasakan modul pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan remaja oleh pihak berkepentingan dengan menyebarluaskan segala maklumat melalui percambahan pengetahuan dadah dan kesan yang tepat serta betul sebagai instrumen utama untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Statistics
Abstract views: 425 , PDF downloads: 313

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2021-10-16
How to Cite
Daud, N. and Wan Sulaiman, W. A. (2021) “Kurang Celik Akal Pencetus Kepada Penagihan Dadah dalam kalangan Remaja”, Asian Social Work Journal, 6(5), pp. 42 - 55. doi: https://doi.org/10.47405/aswj.v6i5.187.
Section
Articles