Kesejahteraan Penjawat Awam yang Ulang Alik ke Tempat Kerja di Pulau Pinang, Malaysia

  • Mohd Haizzan Yahaya Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
  • Masarah Mohamad Yusof Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
  • Farhana Kamarul Bahrin Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
  • Mahathir Yahaya Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
Keywords: Ulang Alik ke Tempat Kerja, Perumahan, Kesejahteraan Sosial, Penjawat Awam

Abstract

Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada kesan serta dimensi kesejahteraan sosial terhadap
aktiviti berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Pulau Pinang, Malaysia. Oleh kerana taraf
hidup yang lebih tinggi di kawasan bandar dengan adanya kemudahan infrastruktur, kesihatan dan
pendidikan yang lebih baik, lebih ramai penjawat awam serta keluarga mereka masih belum
bersedia untuk menyesuaikan gaya hidup di kawasan tersebut. Kongres Kesatuan Sekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 60% penjawat awam tidak mampu untuk
memiliki rumah sendiri berdekatan dengan tempat kerja mereka di kawasan bandar. Hanya
kawasan di luar bandar menawarkan rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000
(USD65,000), manakala sebilangan besar penjawat awam bekerja di kawasan bandar. Status quo
ini secara langsung menjadi salah satu faktor untuk mereka memilih terus tinggal di kawasan luar
bandar yang jauh dari tempat mereka bekerja. Ini jelas menunjukkan bahawa sebilangan besar
penjawat awam khususnya di Pulau Pinang tinggal di luar kawasan tempat mereka bekerja.
Seramai 180 orang responden daripada kumpulan ini telah terlibat dalam tinjauan ini telah ditemu
bual. Analisis kuantitatif telah dibincangkan dengan sewajarnya berdasarkan objektif kajian.
Dapatan kajian menunjukkan sebilangan besar responden mengalami pelbagai kesulitan semasa
berulang-alik setiap hari ke tempat kerja. Perjalanan ulang-alik jarak jauh turut menjejaskan
kesejahteraan sosial, tekanan kerja dan kesihatan. Usaha untuk mengurangkan permasalah ini demi
kelangsungan kehidupan yang lebih baik dalam kalangan mereka adalah amat penting.
Peningkatan usaha boleh dilakukan melalui kerjasama dalam pelbagai program, faedah dan
kemudahan seperti perlindungan, jaminan keselamatan, serta bantuan sosial.

Statistics
Abstract views: 58 , PDF downloads: 45

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2023-11-02
How to Cite
Yahaya, M. H., Mohamad Yusof, M., Kamarul Bahrin, F. and Yahaya, M. (2023) “Kesejahteraan Penjawat Awam yang Ulang Alik ke Tempat Kerja di Pulau Pinang, Malaysia”, Asian Social Work Journal, 8(4), p. e00264. doi: https://doi.org/10.47405/aswj.v8i4.264.
Section
Articles