Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dalam Menangani Cabaran Keibubapaan Anak Istimewa: Satu Kajian Kualitatif di Pulau Pinang, Malaysia
Abstract
Artikel ini meneroka bagaimana ibu bapa anak kurang upaya pembelajaran memperoleh kemahiran penjagaan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman. Kajian ini menggunakan teori pembelajaran berasaskan pengalaman, iaitu mengkaji bagaimana ibu bapa meningkatkan kecekapan melalui pembelajaran melalui pengalaman, refleksi, interaksi bersama profesional dan kumpulan rakan sebaya. Pendekatan kualitatif digunakan serta data di kumpul secara temu bual mendalam bersama 28 ibu dan bapa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di sekitar Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini mengetengahkan ibu bapa belajar berdasarkan pendekatan "belajar secara spontan" serta beradaptasi dengan perubahan seterusnya mengatasi cabaran emosi, perubatan dan pendidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan proses berulang yang berterusan yang meningkatkan kebolehsuaian, penyelesaian masalah dan kemahiran advokasi ibu bapa. Dapatan kajian ini memberikan pandangan tentang bagaimana ahli profesional boleh memudahkan pembelajaran penjagaan anak berasaskan pengalaman dengan menyediakan maklum balas, sumber dan peluang masa nyata untuk pembelajaran reflektif.
Downloads
