Meneroka Kesediaan Ibu Bapa dalam Menjaga Anak Kurang Upaya Pembelajaran : Satu Kajian Kualitatif di Pulau Pinang
Abstract
Kajian ini meneroka kesediaan ibu bapa menjaga anak kurang upaya pembelajaran di Pulau Pinang, Malaysia. Dengan menggunakan reka bentuk kualitatif, 28 ibu dan bapa telah dipilih daripada Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) di sekitar Pulau Pinang. Temu bual separa berstruktur telah dijalankan untuk mengenal pasti pengalaman peribadi, emosi dan strategi daya tindak ibu bapa. Data di analisis menggunakan analisis tematik. Empat tema yang dikena pasti antaranya persediaan emosi, pemerkasaan maklumat, rangkaian sokongan sosial serta advokasi dan proses membuat keputusan. Penemuan menunjukkan bahawa kesediaan ibu bapa merupakan proses dinamik yang dibentuk oleh dimensi emosi, maklumat, sosial dan advokasi. Implikasi amalan kerja sosial di Malaysia termasuklah penyediaan kaunseling, maklumat, rangkaian komuniti dan sokongan advokasi.
Downloads
