Penilaian Semula Model i-Pulih: Keberkesanan, Cabaran dan Penambahbaikan dalam Rawatan dan Pemulihan Pengguna Dadah di Malaysia

  • Paramjit Singh Jamir Singh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
  • Azlinda Azman Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
  • Pung Yee Xhin Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Keywords: Model i-Pulih, AADK, pemulihan, relaps, pengguna dadah, nyah jenayah, kerja sosial

Abstract

Artikel ini membincangkan keberkesanan Model i-Pulih yang dikelolakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai model utama rawatan dan pemulihan pengguna dadah di Malaysia. Walaupun pelaksanaannya bertujuan menyokong dasar nyah jenayah penyalahgunaan dadah melalui pendekatan berasaskan kesihatan dan pemulihan komuniti, kadar penagihan berulang (relaps) masih tinggi. Artikel ini meninjau literatur semasa tentang faktor relaps, keberkesanan rawatan, serta cabaran institusi dan sosial yang dihadapi oleh pengguna dadah selepas pemulihan. Analisis menunjukkan bahawa Model i-Pulih mempunyai asas teori kukuh melalui dimensi biologi, psikologi, spiritual dan sosial, namun pelaksanaannya masih boleh ditambah baik. Kajian lepas turut menunjukkan kekurangan integrasi antara intervensi psikososial, stigma sosial yang berterusan, dan ketiadaan sistem pemantauan pascarawatan yang berkesan. Artikel ini mencadangkan pendekatan bottom-up berasaskan praktis kerja sosial, pemulihan berorientasikan komuniti, serta pengukuhan jaringan sokongan sosial bagi meningkatkan keberkesanan Model i-Pulih ke arah masyarakat bebas dadah yang inklusif.

Statistics
Abstract views: 187 , PDF downloads: 85

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2025-07-31
How to Cite
Jamir Singh, P. S., Azman, A. and Yee Xhin, P. (2025) “Penilaian Semula Model i-Pulih: Keberkesanan, Cabaran dan Penambahbaikan dalam Rawatan dan Pemulihan Pengguna Dadah di Malaysia”, Asian Social Work Journal, 10(2), p. e00353. doi: https://doi.org/10.47405/aswj.v10i2.353.
Section
Articles